Isnin, 23 April 2018

PAKAR MATA (OPTICIANRY)

SIRI KENALI BIDANG PENGAJIAN : DIPLOMA OPTICIANRI (PAKAR MATA)




OPTICIANRI (PAKAR MATA)
Pasti masih ramai yang tidak tahu apa itu optometri sebenarnya. Adakah ia merupakan sebuah kerjaya?

BIDANG KERJAYA OPTICIANRI (PAKAR MATA)
Optometri ialah salah satu bidang profesional di sektor kesihatan yang masih kurang dan segi jumlah sumber manusia. Kajian tahun 2012 menunjukkan hanya terdapat 717 optometris di negara ini. Jumlah ini amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah penduduk negara yang berjumlah lebih 20 juta orang.

TUGAS OPTICIANRI (PAKAR MATA)
Optometris ialah individu yang terlatih dan mempunyai kelayakan akademik dalam bidang optometri yang memberi perkhidmatan pemeriksaan mata dan pengujian penglihatan, memberi khidmat nasihat mengenai masalah penglihatan, penyakit mata dan merawat gangguan fungsi sistem mata. 

Secara amnya, optometris ialah pengamal kesihatan primer ke atas mata dan sistem visual, yang memberikan khidmat jagaan mata merangkumi pembiasan, diagnosis/pengurusan penyakit mata dan rehabilitasi keadaan sistem visual.


PELUANG KERJAYA OPTICIANRI (PAKAR MATA)

Lulusan bidang itu tidak menghadapi masalah kerana permintaan yang semakin meningkat. Profesion ini menawarkan pekerjaan yang luas dengan pendapatan lumayan. Hal ini berasaskan kepada permintaan yang tinggi memandangkan ramai penduduk yang mencapai 40 tahun memerlukan kanta pembetulan untuk membaca dan melakukan tugas harian.

Dalam sektor awam, pegawai optometri yang dilantik akan menerima gaji dan elaun permulaan hampir RM 2,900 sebulan. Banyak optometris berpengalaman bertukar kerjaya menjadi usahawan dengan membuka perniagaan persendirian di seluruh negara.


APA ISTIMEWANYA DIPLOMA OPTICIANRI DI VISION COLLEGE 
Di Vision College graduan Diploma Opticianri akan mengikuti program yang unik dengan mengabungkan silibus penjagaan kesihatan mata dengan pengurusan perniagaan. Ini memberikan peluang pekerjaan yang amat luas kepada graduan supaya mereka laku dalam pasaran kerja di sektor kerajaan atau sektor swasta malahan mereka didedahkan dengan pengurusan perniagaan sebagai persediaan mereka yang ingin menjadi penguasa dalam bidang penjagaan dan kesihatan mata 

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA OPTICIANRI (PAKAR MATA)
SPM 3 Kredit (termasuk 2 kredit dalam subjek BIOLOGI / FIZIK / KIMIA / MATEMATIK) dan WAJIB LULUS Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Sejarah


"Jadikan IMPIAN Anda Satu Kenyataan"

#JomMasukIPT
#ProjekBantuPelajarKeIPT