Khamis, 2 Februari 2017

2. TIPS MEMILIH IPT


Tips Kedua : Akreditasi MQA (Malaysian Qualifications Agency)

Akreditasi ini merupakan perakuan yang dikeluarkan oleh Malaysia Qualification Agency ( MQA ) kepada kursus-kursus yang ditawarkan di IPT seluruh Malaysia.

Perakuan Akreditasi adalah merupakan satu perakuan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan adalah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework (MQF).

Penyelarasan ini bagi membantu pemohon mengenalpasti perakuan serta bagi menjamin masa depan sekiranya mengambil kursus yang ditawarkan.

Bagi 
mengenalpasti Perakuan Akreditasi setiap program IPTA / IPTS boleh rujuk di lamam sesawang berikut:

http://www.mqa.gov.my/  
http://www2.mqa.gov.my/mqr/


"Jadikan Impian ANDA Satu Kenyataan"