Selasa, 23 Mei 2017

TAWARAN EKSKLUSIF UNTUK LEPASAN SPM & STPM




















DAFTAR DIPLOMA ATAU IJAZAH DENGAN RM350
dan ANDA layak menerima faedah berikut; 
[✔] Elaun Bulanan RM100 (Sepanjang Pengajian)
[✔] Hostel PERCUMA Selama Setahun
[✔] Pengangkutan PERCUMA
[✔] Yuran Pengajian Dibiayai PTPTN
[✔] Yuran Pentadbiran DIKECUALIKAN

Kelebihan Program FTMS Global College :
  • Syarat Kemasukan - MINIMA SPM/STAM/SPMV 3 subjek kredit
  • Yuran Kemasukan RM350 (Sekali bayar)
  • Elaun sara diri RM100 SETIAP BULAN (RM300-RM400 1 SEMESTER)
  • PERCUMA Penginapan selama 1 tahun
  • PERCUMA Pengangkutan dari hostel ke kampus
  • Hostel lengkap dengan gimnasium, pantry, swimming pool, pengawal keselamatan
  • Program diiktiraf di dalam dan luar negara
  • Kolej induk di Cyberjaya yang lengkap dengan fasiliti baru (Waze : FTMS College Cyberjaya)
  • Lebih 90% graduan berkerja selepas 3 bulan tamat pengajian
  • Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

"Jadikan Impian Anda Satu Kenyataan"

DAFTAR SEKARANG

Maklumat Lanjut Hubungi Kami:

HP: 019 264 5229 / WSAAP : 019 668 5229

E-mail: azizahbusro@gmail.com / jommasukipt2@gmail.com


Khamis, 18 Mei 2017

ILUSI

ilusi /ilu·si /

1 n sesuatu yang hanya dalam angan-angan; khayalan;
2 n pengamatan yang tidak sesuai dengan realiti;
3 a tidak dapat dipercaya; palsu

Selasa, 16 Mei 2017

HALATUJU


Hala (kata nama)

Sinonim dengan arah, haluan, tuju, hadap, tala, tepas, paran;

Tanggal 15hb Mei 2017, keputusan UPU telah keluar. Masih belum terlambat lagi untuk kami, JommasukIPT mengucapkan tahniah pada yang berjaya mendapat panggilan UPU.

Kepada yang gagal mendapat panggilan UPU tahun ini, jangan berputus asa. Anda masih ada peluang kerana ruang untuk membuat rayuan UPU sudah dibuka.

Kita ketepikan UPU sebentar. Suka untuk kami buka perbincangan tentang halatuju. Setiap manusia yang hidup di dunia ini sepatutnya sedar akan pentingnya halatuju hidup. Sebagaimana, ekonomi dan keadaan sesuatu negara itu dipengaruhi oleh halatuju pucuk pimpinan yang memimpin.

Bayangkan anda, seorang pelajar yang tidak tahu halatuju anda selepas tamat SPM, dan cuma mengikut ngikut kawan tanpa berfikir sejenak tentang halatuju hidup anda.

Jika anda salah satu insan yang masih tidak jelas tentang halatuju dan keadaan pasaran kerja sekarang, kami JommasukIPT ada membuka sebuah group WhatsApp untuk membincangkan halatuju yang sesuai dengan minat, aras akademik dan pasaran kerja masa akan datang.

Klik sini. Kami mengalu - alukan kedatangan anda. Terima kasih.








Rabu, 10 Mei 2017

EDISI KENAL KERJAYA : AKAUNTAN



Bidang Perakaunan dipercayai sebagai profesion kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.

ANTARA SKOP KERJA AKAUNTAN

1. Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain-lain.

2. Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain.

3. Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai.

4. Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan.

5. Menyediakan kos projek dan analisis risiko.

6. Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos.

7. Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan.

8. Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian.

Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.


Berminat untuk mendapatkan konsultasi percuma berkaitan menyambung pengajian dan kerjaya? Hubungi:
wasap.my/60126385229
ATAU
wasap.my/60196685229

"Jadikan IMPIAN Anda Satu Kenyataan"

Jumaat, 5 Mei 2017

EDISI KENAL KERJAYA : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

Hari ni JommasukIPT nak share sikit tentang kerjaya yang glamour. Kerja nya cuma rapat dengan artis, rapat dengan eksekutif syarikat, rapat dengan orang orang kenamaan dan pemimpin masyarakat.

Inilah kerja seorang PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM (PUBLIC RELATION EXECUTIVE) Secara dasarnya, skop kerja pegawai perhubungan awam ialah menaikkan imej syarikat dan menjalinkan hubungan usahasama antara dua pihak.

Pegawai perhubungan awam ialah "muka" bagi sesebuah syarikat yang diwakilinya. Gaji purata untuk seseorang yang bergelar Pegawai Perhubungan Awam boleh mencapai sehingga RM6110.00!

Berminat untuk mendapatkan konsultasi percuma berkaitan menyambung pengajian dan kerjaya? Hubungi:
wasap.my/60126385229

ATAU

wasap.my/60196685229



"Jadikan IMPIAN Anda Satu Kenyataan"


Khamis, 4 Mei 2017

JIKA ANDA MASIH MENGANGGUR, MUNGKIN INI LAH SEBABNYA!


   PUNCA MASALAH PENGANGGURAN DI MALAYSIA
















                                                      

Faktor lain yang menjadi punca kepada masalah pengangguran di Malaysia adalah lambakan IPTS yang giat mempromosikan insitusi mereka kepada pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan rendah dalam SPM.
Antara lain yang menjadi punca masalah ini termasuklah:
  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah
  • Sikap dan attitude diri yang teruk
  • Mengharapkan gaji tinggi
  • Kemahiran yang ada tidak sepadan dengan permintaan pasaran
  • Terlalu memilih pekerjaan dan syarikat
  • Tiada kemahiran menyelesaikan masalah
  • Tahap pengetahuan am yang lemah
Kami di JommasukIPT menyarankan agar graduan yang masih menganggur untuk menambahbaik nilai diri supaya lebih menonjol setiap kali menghadiri sesi temuduga. 

"Jadikan Impian Anda Satu Kenyataan"

#JOMMASUKIPT
#ProjekBantuPelajarKeIPT
#BantuPelajarKeIPT
www.edu4u.com.my
jommasukipt.blogspot.com