Isnin, 6 Mac 2017

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


KPT/JPS(R/722/4/0018)(MQA/A9640)04/20 


Pengenalan Program
"Assistant Medical Officer" / Penolong Pembantu Perubatan (AMO/PPP) berfungsi memberikan perkhidmatan dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran dengan penuh kompeten dalam memberi perkhidmatan kesihatan secara kuratif, promotif, preventif dan rehabilitatif pada tahap yang bersesuaian dalam program perkhidmatan perubatan dan kesihatan di bawah pengawasan pegawai perubatan.
AMO berperanan memberikan perkhidmatan diperingkat dalam aspek kesihatan dengan:
  • Memberi rawatan primer dan kecemasan di klinik kesihatan, jabatan pesakit luar, wad dan jabatan kemalangan dan kecemasan di hospital-hospital;
  • Membuat pemeriksaan saringan keatas pesakit yang memerlukan rawatan;
  • Memeriksa, mendiagnos dan merawat penyakit ringan;
  • Memberi kaunseling/pendidikan kesihatan kepada pesakit dan masyarakat setempat;
  • Memberi rawatan awal kes-kes kecemasan.
Manakala diperingkat Perkhidmatan Khusus, AMO berperanan dalam memberikan perkhidmatan dipelbagai jabatan kepakaran dan program-program seperti di Jabatan Otopedik, Pembedahan Am, Bius dan Unit Rawatan Rapi, Unit Psiaktri, Jabatan Urologi, Jabatan Neurologi dan lain2 jabatan dan unit di hospital (samada kerajaan atau pun swasta.
Tempoh latihan Diploma Pembantu Perubatan adalah selama 3 tahun (6 semester) 3 1/2 semester diperuntukkan untuk pengajian teori dan amali, dan 2 1/2 semester untuk menjalani latihan praktis klinikal di Hospital dan Klinik Kesihatan.

Syarat Kemasukan

- Lulus SPM / SPMV dengan 5 kredit termasuk: Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, 1 subjek Sains (Biologi/Kimis/Sains Am/Sains Gunaan) dan 2 subjek lain 
Lulus Bahasa Inggeris 
- Sihat tubuh badan dan tidak mengalami sebarang penyakit genetik yang berbahaya 
- Tidak mengalami kecacatan anggota / deria yang serius
- Lulus sesi temuduga yang akan dijalankan oleh fakulti


Laluan Kerjaya
Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
  • Penolong Pegawai Perubatan, dibawah Skim Pembantu Perubatan, Gred U29, Kementerian Kesihatan Malaysia atau mengikut tajaan
  • Penolong Pegawai Perubatan di Agensi Badan Berkanun seperti Hospital Universiti, Klinik Universiti, fakulti perubatan
  • Peluang untuk mengikuti kursus-kursus lanjutan (pengkhususan) dalam dan luar negara
  • Peluang kenaikan pangkat ke Gred U32, Gred U36, Gred U38 dan Gred U42
  • Kenaikan ke Jawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional (kelulusan ijazah)
  • Peluang menyertai rombongan jemaah haji
  • Pengajar
  • Pegawai Sains
  • Pengarah Hospital
  • Bekerja di Hospital swasta dalam bidang - Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Unit Ekokardiogram dan Kardiologi, Dewan Bedah, 'Perfusionest', Unit Renal
  • Syarikat-syarikat minyak
  • Peluang untuk bekerja di luar Negara seperti di Arab Saudi
  • Peluang untuk menyambung ijazah dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.

-----------------------------------------------------
DAFTAR SEKARANG ---->>bit.ly/dipWIDAD
=====================================

Jadikan Impian ANDA Satu Kenyataan"

Maklumat Lanjut Hubungi Kami:

Boleh terus hubungi kami, 
HP: 019 264 5229 / WSAAP : 019 668 5229
E-mail: azizahbusro@gmail.com / jommasukipt2@gmail.com
Fb: http://www.facebook.com/jommasukipt
Web:  http://www.edu4u.com.my/
Wechat group; http://bit.ly/jommasukiptQnA
jommasukipt.blogspot.com/
www.edu4u.com.my
#ProjekBantuPelajarKeIPT
#JOMMASUKIPT‬
‪#‎jmiedu4u‬
#dipWIDAD